Resepi Air Cendol Yang Mudah

Resepi Air Cendol Yang Mudah|DENGAN cuaca yang panas, memang sesuai dicari minuman yang menyegarkan. Bagi anda yang gemarkan akan cendol, minuman sebegini memang sesuai dicari-cari. Kali ini kami dari dapur Topresepi.com akan kongsikan 'Resepi Air Cendol Yang Mudah' khas untuk anda.

Resepi Air Cendol Yang Mudah

Resepi Air Cendol Yang Mudah

A) Cendol
Bahan-bahan:
  • 5 Sudu makan - Tepung beras
  • 1 Sudu makan - Tepung gandum
  • 1 Sudu makan - Tepung pulut
  • 10 Helai daun pandan diblend (Ambil air sahaja)
Cara Menyediakan Cendol:
  1. Campurkan semua tepung tadi kedalam satu mangkuk. Masukkan air pandan sedikit demi sedikit dan gaulkan semuanya sehingga tidak melekat.
  2. Panaskan periuk bersama dengan air masak.
  3. Kemudian, masukkan semua bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dah mendidih. Tekan cendol tu keluar.
  4. Selepas itu, sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lalu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk.
B) Air Cendol
Bahan-bahan:
  • 1 Kotak Santan Segera 
  • 1 Cawan Air Masak
  • Gula Merah
  • 1 Sudu kecil garam
Cara Membuat Air Cendol:
  1. Pertama kali, panaskan periuk terlebih dahulu. Masukkan santan dan air masak kedalam periuk.
  2. Kemudian, masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda.
  3. Tuangkan kedalam 1 jag besar. Kemudian, campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi.
  4. Siap untuk dihidangkan. Pastikan masukkan ketulan ais untuk nikmati cendol tersebut.
Follow bersama page kami di Facebook:
Mudah kan? Selamat mencuba sendiri dirumah! 

No comments

Powered by Blogger.