Resepi Kek Pandan Marble Yang Sedap

Resepi Kek Pandan Marble Yang Sedap|
PERNAHKAH anda cuba membuat kek pandan marble di rumah? Adakah anda seorang meminati kek jenis pandan marble? Kek pandan marble merupakan kegemaran orang ramai terutama golongan kanak-kanak kerana citarasanya yang lembut dan enak dimakan. Nak tahu resepi kek pandan marble? Jom teruskan bersama kami dibawah!

Baca juga:

Resepi Kek Pandan Marble Yang Sedap

Resepi Kek Pandan Marble Yang Sedap

Bahan-bahan:
  • 225g Tepung Naik
  • 225g Gula Kastor
  • 4 Biji Telur Gred A
  • 225g Butter
  • 2 Sudu Besar Serbuk Koko
  • 2 Sudu Besar Pandan Emulco
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanilla
Cara Penyediaan Kek Pandan Marble:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur lalu putarkan sehingga adunan menjadi sebati.
  3. Kemudian, masukkan esen vanilla, susu dan tepung naik yang telah diayak.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
  5. Manakala satu bahagian lagi masukkan serbuk koko dan kacau sehingga sebati.
  6. Kemudian, griskan dengan butter dan lapikkan bahagian bawah dengan kertas parchment.
  7. Sudukan 1 bahagian pandan dan diselang selikan dengan 1 bahagian coklat.
  8. Selepas itu, bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 40-45 minit.
  9. Siap untuk dihidangkan.
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi kek marble dari dapur kami Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.