Resepi Puding Karamel Yang Mudah

Resepi Puding Karamel Yang Mudah|
PASTI setiap anda menyukai akan puding karamel yang rasanya yang sangat enak. Puding ini dibuat dengan 2 cara samada menggunakan telur atau tanpa telur. Sebelum ini pernah kami kongsikan resepi puding tiramisu. Tapi kali ini  kami akan sediakan satu 'Resepi Puding Karamel Yang Mudah'. Nak tahu lebih lanjut, teruskan bersama kami dibawah!

Baca juga:

Resepi Puding Karamel Yang Mudah

Resepi Puding Karamel Yang Mudah

Bahan-bahan:
  • 400ml Susu Cair
  • 4 Biji Telur
  • 1 Sudu Teh Esen Vanilla
  • 4 Sudu Besar Gula Halus
  • 1 Cawan Air
Cara Membuat Puding Karamel:
  1. First, hanguskan gula di dalam kuali dengan menggunakan api sederhana kecil.
  2. Apabila gula sudah keperangan, masukkan 1 cawan air dan kacau supaya tidak berketul.
  3. Kemudian, tuangkan gula hangus tadi menggunakan 1 sudu besar ke dalam satu bekas dan biarkan sejuk.
  4. Pecahkan semua telur dan kacau slow-slow.
  5. Sementara itu, panaskan susu cair dengan api sederhana.
  6. Masukkan secukup gula dan satu cawan air ke dalam susu cair tadi. Kacau sehingga gula tadi larut.
  7. Kemudian, tuangkan susu cair yang telah dipanaskan ke dalam telur dan kacau sehingga sebati.
  8. Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas gula hangus.
  9. Barulah boleh kukus dalam 20-30 minit.
Follow bersama page kami di Facebook:

Semoga perkongsian kali ini anda dapat lakukan sendiri di rumah. Terima kasih bersama kami dari dapur Topresepi.com!

No comments

Powered by Blogger.