Resepi Cream Puff Coklat

Resepi Cream Puff Coklat|SEBELUM ini pernah kami kongsikan 'Resepi Cream Puff' di laman portal kami. Tapi kali ini kami cuba kongsikan 'Resepi Cream Puff Coklat' khas untuk pengunjung setia blog ini. Resepi cream puff coklat ini memang mudah dan rasanya yang sungguh sedap. Jom lihat resepi cream puff coklat dibawah!

Baca juga:
👉 Resepi Cream Puff Yang Mudah

Resepi Cream Puff Coklat

Resepi Cream Puff Coklat

Bahan-bahan:
  • 100g Tepung Gandum - Diayak
  • 2 Sudu Besar Serbuk Koko
  • 2 Biji Telur - Gred A
  • 50g Butter
  • 50ml Susu Cair
Bahan Coklat Krim:
  • 100g Coklat
  • 200g Whipping Cream
  • 2 Sudu Teh Gula Aising
Cara Menyediakan Cream Puff Coklat:
  1. Pertama kali, ayak tepung dan serbuk koko terlebih dahulu.
  2. Panaskan air, susu dan butter dan masukkan tepung. Kacau sehingga rata.
  3. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paip ke atas dulang.
  5. Kemudian, bakar pada suhu 180' selama 25 minit. Biarkan sejuk seketika.
  6. Sementara itu, pukul whipping cream bersama gula sehingga kembang. Campurkan dengan coklat yang sudah dicairkan.
  7. Potong cream puff yang telah dibakar tadi, paipkan dengan coklat.
  8. Sedia untuk dihidangkan!
Follow bersama page kami di Facebook: https://www.facebook.com/topresepi/ atau di Telegram kami: https://t.me/topresepi

Selamat mencuba resepi dari dapur kami Topresepi.com!

Sumber Foto: two-tarts

No comments

Powered by Blogger.